
Anda Menyuarakan, Kami Mendengar.
1. Sila isikan nama, alamat penuh dan nombor telefon bagi memudahkan komunikasi di antara Pihak Majlis dengan pemohon/ pemilik tanah.
2. Sila gunakan ruang yang telah disediakan atau kertas tambahan jika perlu.
3. Cadangan, bantahan dan pandangan mestilah berkaitan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan Program Publisiti Awal Bagi Penyediaan Draf Rancangan Tempatan Petaling Jaya (Penggantian).
4. Cadangan, bantahan dan pandangan mestilah berasaskan kepada keperluan masyarakat umum dan bukan kepentingan individu
5. Sila sertakan pelan lokasi, maklumat dan gambar-gambar berkaitan dengan tapak persekitaran.
6. Bagi permohonan cadangan baru pengezonan semula guna tanah pemohon dikehendaki mengemukakan Salinan Syarat Nyata Tanah, Laporan Cadangan Pemajuan (LCP), Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar ((Environment Impact Assessment (EIA)), Laporan Penilaian Kesan Lalulintas ((Traffic Impact Assessment (TIA)) dan Laporan Penilaian Implikasi Sosial ((Social Impact Assessment (SIA)) dan salinan bagi segala aktiviti yang akan dijalankan sebagai dokumen sokongan.
7. Tempoh publisiti awal adalah 15 Disember 2025 hingga 16 Februari 2026.
8. Borang ini boleh dihantar melalui pos, dihantar melalui tangan atau diemel ke alamat berikut:
DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA
JALAN YONG SHOOK LIN
46675 PETALING JAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
Tel : 03-79563544 samb 364/372
Faks : 03-7958 1494
Emel : rtpj@mbpj.gov.my
.png)